Wednesday, May 30, 2007

Makan Gaji Vs Berniaga.

Hari ni genap 2 tahun bekerja di syarikat nie....kawan yang sama-sama join company ni dulu dah diberhentikan perkhidmatan, saya pon nyaris kena buang, alhamdulillah bos bagi alternative masuk department lain as an Internal Audit. Yang tak bestnya kena lagi probation 6 bulan...dan kena mengadap dokumen tiap2 hari bosan2.

After 6 bulan kalau tak dpt buat kerja as Internal Audit nie diorang akan berhentikan kerja dan bayar pampasan. Was thinking nak ambik jer pampasan tu n then ceburkan diri dalam perniagaan.

Ada gak terpikir sampai bila nak kerja makan gaji? bila nak keluar dari kepompong keselesaan? ni kot yang diorang ckp mid age crisis.

But anyway, saya dah nekad nak ceburkan diri dlm bidang perniagaan walaupun 9/10 perniagaan baru akan menemui jalan kegagalan. Saya kena buat sekarang kalau tak dok mkn gaji sampai ke tua. Perniagaan yang saya akan ceburi adalah perniaagaan makanan atau bakeri.

Minggu nie mengorak langkah pertama dengan mendaftarkan diri kursus kat Chelos Bakery untuk 12 sesi.

After this nak masuk kursus keushawanan dan harap-harap dapat memulakan perniagaan dalam bulan July 2007.

So wish me the best of luck.